JOHOR BAHRU, 16 Okt (Bernama) -- Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) meraih empat sagu hati pada majlis Anugerah Media Johor (AMJ) 2025 yang berlangsung malam tadi.
Jurugambar Mohd Hilmizudin Daud membawa pulang dua sagu hati masing-masing bagi Kategori Foto Sukan Terbaik dan Minat Foto Terbaik (Human interest photo).
Wartawan Nur Faradilla Mohamad pula menerima sagu hati Kategori Pelancongan dan satu lagi sagu hati bagi Kategori Berita Foto Terbaik.
Setiap pemenang sagu hati menerima hadiah wang tunai RM500 dan trofi.
Majlis penganugerahan itu dirasmikan oleh Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi pada program anjuran Kelab Media Johor (KMJ) yang menghimpunkan lebih 300 tetamu terdiri daripada pengamal media, wakil agensi kerajaan, dan rakan strategik kelab itu.
AMJ 2025 yang kembali semula selepas enam tahun, melibatkan 24 kategori merangkumi media cetak, televisyen, radio, dan jurugambar dengan jumlah keseluruhan hadiah RM74,000.
Penjurian bagi semua kategori dijalankan secara profesional oleh Insitut Akhbar Malaysia (MPI) bagi karya yang telah disiarkan atau diterbitkan dari 1 Jan 2023 hingga 31 Dis 2024.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial