Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Permohonan Kuota Pekerja Asing Dibuka Secara "Case By Case'' Bagi Tiga Sektor, 10 Subsektor Terpilih

14/10/2025 02:59 PM

PUTRAJAYA, 14 Okt (Bernama) -- Kerajaan bersetuju membuka kemudahan permohonan kuota penggajian pekerja asing secara '’case by case'” bagi tiga sektor utama iaitu perladangan, pertanian serta perlombongan dan pengkuarian, melibatkan 10 subsektor terpilih.

Subsektor berkenaan merangkumi kawalan keselamatan, barangan logam dan lusuh, pembersihan dan pencucian bangunan, borong runcit, dobi, restoran, gudang darat, kargo, pembinaan di bawah projek kerajaan, serta pelaburan baharu di bawah Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) yang dicadangkan oleh agensi kawal selia.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kemudahan itu bukan sahaja bertujuan memenuhi keperluan tenaga kerja dalam sektor kritikal, malah mencerminkan komitmen kerajaan MADANI untuk menyeimbangkan kepentingan ekonomi dan kebajikan rakyat.

Ad Banner
Ad Banner

“Majikan yang mempunyai keperluan terhadap pekerja asing boleh mengemukakan permohonan kuota secara terus kepada Pusat Sehenti Pengurusan Pekerja Asing Kementerian Dalam Negeri tertakluk kepada penilaian oleh Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia serta agensi kawal selia yang berkaitan dengan mengemukakan dokumen sokongan lengkap seperti yang ditetapkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tempoh bagi majikan dalam sektor dan subsektor yang dibenarkan untuk mengemukakan permohonan penggajian pekerja asing adalah sehingga 31 Dis ini, dan setiap permohonan akan dinilai berdasarkan merit serta keperluan sebenar sektor masing-masing.

Menurutnya, kemudahan itu juga menunjukkan komitmen kerajaan untuk mengekalkan dasar penggajian pekerja asing yang fleksibel dan berpaksikan keperluan sebenar industri, bagi memastikan operasi sektor berkenaan kekal cekap dan berdaya saing.

Ad Banner

“Pendekatan ini memberi ruang kepada kerajaan untuk meneliti semula dasar serta mekanisme pengurusan penggajian pekerja asing pada tahun hadapan secara lebih mampan, dengan siling jumlah pekerja asing ditetapkan hanya 10 peratus daripada jumlah guna tenaga negara menjelang tahun 2030,” katanya.

-- BERNAMA



 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan