Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Toshiba Rai Ulang Tahun Ke-95 Dengan Penganjuran Pameran "Art Of Living"

13/10/2025 02:15 PM

KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Toshiba meraikan detik bersejarah ulang tahun ke-95 jenama itu dengan penganjuran pameran imersif selama tiga hari di Pavilion Bukit Jalil baru-baru ini, menonjolkan perjalanan dan legasi melalui komitmen teguh jenama berkenaan terhadap inovasi, ketukangan dan reka bentuk.

Menerusi pameran bertemakan Art of Living yang berlangsung dari Jumaat lepas hingga semalam, pengunjung berpeluang merasai sendiri suasana kediaman yang berinspirasikan Jepun, dengan alam semula jadi, seni dan reka bentuk moden bergabung dengan harmoni.

Pengarah Urusan Pemasaran dan Perkhidmatan Toshiba Steven Yang berkata pameran ulang tahun itu bukan sekadar meraikan warisan Toshiba, tetapi juga merupakan penghargaan kepada pelanggan yang setia bersama-sama jenama ini.

Ad Banner
Ad Banner

"Gaya hidup pintar bukan sekadar mengenai kecekapan, tetapi lebih kepada menikmati kediaman yang lebih elegan, cekap dan setiap butiran direka dengan penuh teliti.

"Daripada siri Japandi sehingga inovasi yang diinspirasikan oleh semangat TAKUMI, setiap produk menampilkan bagaimana Toshiba terus menggabungkan inovasi dengan gaya hidup moden bagi membantu pengguna menikmati kehidupan yang lebih indah," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut kenyatan itu, selama 95 tahun, Toshiba tetap mengekalkan legasinya yang mengutamakan hasil ketukangan, inovasi, kebolehpercayaan dan kepuasan pelanggan.

Ad Banner

Daripada pelancaran peti sejuk dan mesin basuh pertama sehingga inovasi terkini, Toshiba terus mencipta gaya hidup moden kediaman di seluruh dunia dengan teknologi yang diilhamkan berdasarkan ketepatan, warisan dan seni reka berpaksikan falsafah utamanya, iaitu Details Matter.

Pada pameran itu, Yang berkata pengunjung dapat melihat sendiri reka bentuk dan teknologi yang bergabung dan menjadi satu bentuk seni, di samping menghargai ketelitian serta kehalusan di sebalik setiap ciptaan Toshiba.

Antara aktiviti menarik pada pameran itu ialah pembuatan teh berkonsepkan kecerdasan buatan (AI), bengkel bento kreatif, gubahan bunga segar serta pelbagai aktiviti gaya hidup lain yang menampilkan rangkaian produk Toshiba seperti peti sejuk, mesin basuh pinggan, periuk nasi, ketuhar gelombang mikro, penapis air dan mesin basuh.

Selain itu, pengunjung turut menyertai Cabaran Kutipan Cop di setiap stesen aktiviti dan berpeluang memenangi pelbagai hadiah eksklusif termasuk hadiah utama bernilai RM30,000 melalui pertandingan permainan mudah alih interaktif.

Bersempena dengan ulang tahun ke-95, Toshiba turut melancarkan promosi Jaminan Tukar 1-ke-1 dengan perlindungan tanpa ragu selama setahun bagi produk terpilih Siri Japandi dan produk tertentu yang lain.

"Dengan komitmen berterusan terhadap kualiti, kami terus melangkaui sempadan inovasi dan menghasilkan produk yang bukan sahaja berprestasi tinggi, tetapi juga bergaya dan relevan dengan keperluan pengguna masa kini," kata Yang.

Beliau berkata Toshiba akan terus menerajui pertumbuhan masa depan melalui produk utama, iaitu Siri Japandi dengan gabungan harmoni antara ketukangan Jepun dengan minimalisme scandinavia yang menggabungkan estetika premium dengan inovasi praktikal bagi menyokong gaya hidup moden yang seimbang dan lebih efisien.

Maklumat lanjut, sila layari www.toshiba-lifestyle.com/my.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan