Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Tabung Biasiswa Alumni UiTM Bantu Lima Mahasiswa Setahun

11/10/2025 08:54 PM

KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Tabung Pendidikan dan Biasiswa Alumni Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang dilancarkan hari ini menyasarkan untuk menaja lima mahasiswa setiap tahun dengan jumlah keseluruhan tajaan sebanyak RM400,000 menjelang 2028.

Pro-Canselor UiTM Datuk Prof Emeritus Dr Hassan Said berkata tabung yang diasaskan oleh Persekutuan Alumni UiTM Malaysia (PAUiTM) itu merupakan langkah strategik dalam menyokong pembangunan pendidikan anak bangsa.

“Kita mahu lebih ramai alumni UiTM menyumbang semula dan ia tidak hanya dalam bentuk kewangan, malah dalam bentuk idea, masa serta tenaga,” katanya ketika melancarkan tabung itu bersempena Mesyuarat Agung Tahunan PAUiTM di sini hari ini.

Ad Banner
Ad Banner

Beliau berkata inisiatif tajaan pendidikan oleh PAUiTM bukan sekadar bentuk bantuan kewangan, sebaliknya satu penghargaan dan tanda terima kasih kepada universiti yang telah membuka banyak peluang kepada warganya.

“Melalui usaha ini, kita berharap akan wujud kitaran kebajikan dengan pelajar yang dibantu hari ini akan kembali membantu orang lain pada masa depan, sekali gus memperkukuh legasi UiTM,” katanya.

Hassan berkata setiap penerima biasiswa akan menerima penajaan penuh sepanjang tempoh pengajian termasuk yuran pengajian, elaun sara hidup, buku, serta keperluan pembelajaran lain. 

Ad Banner

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan