Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Belanjawan MADANI Keempat Terjemah Reformasi Kepada Hasil Nyata - Anwar

11/10/2025 06:46 PM

KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Belanjawan MADANI Keempat yang dibentangkan semalam merupakan manifestasi nyata keberanian kerajaan dalam menterjemah agenda reformasi kepada tindakan dan hasil yang dapat dinikmati rakyat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata belanjawan itu menandakan permulaan lembaran baharu di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) dengan tumpuan kepada pengukuhan tatakelola, pengurangan defisit fiskal, peningkatan kebajikan rakyat serta pemacuan ekonomi berasaskan nilai tinggi.

“Setelah berani mengusung reformasi, inilah masanya memulangkan hasil kepada rakyat. Belanjawan MADANI Keempat yang saya hamparkan semalam membuka lembaran pertama di bawah RMK13, memaknai erti reformasi yang kini diterjemah kepada tindakan dan hasil nyata,” katanya dalam hantaran di platform X hari ini.

Ad Banner
Ad Banner

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata belanjawan bertemakan “Belanjawan MADANI Keempat: Belanjawan Rakyat” menggabungkan disiplin dan nurani dalam merencana masa depan negara yang adil, makmur dan bermaruah.

Semalam, Perdana Menteri berkata belanjawan itu mengoptimumkan sumber negara termasuk dana syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC), badan berkanun Persekutuan dan syarikat Menteri Kewangan (Diperbadankan) [MKD] melalui perbelanjaan awam berjumlah RM470 bilion, berbanding RM452 bilion pada tahun sebelumnya.

-- BERNAMA

Ad Banner

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan