Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

ATM Pastikan Peruntukan Belanjawan 2026 Dibelanjakan Secara Berhemah

10/10/2025 09:28 PM

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan mengamalkan perbelanjaan berhemah bagi peruntukan yang diumumkan untuk pasukan itu menerusi Belanjawan 2026 hari ini dengan menumpukan kepada usaha untuk mendukung Angkatan Masa Hadapan.

Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Mohd Nizam Jaffar berkata ATM juga akan terus memperkukuh keupayaan setiap cabang perkhidmatan iaitu Tentera Darat Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia dan Tentera Udara Diraja Malaysia.

“Selain itu, aspek kebajikan para anggota juga akan diberikan keutamaan bagi mengekalkan moral dan kelestarian warga ATM untuk menyuntik iltizam serta semangat dalam mempertingkatkan kesiapsiagaan demi kedaulatan Malaysia,” katanya dalam kenyataan. 

Ad Banner
Ad Banner

Mohd Nizam berkata ATM juga akan memastikan hasrat kerajaan dalam Belanjawan 2026 tercapai serta mampu mengukuhkan keselamatan persempadanan negara, meningkatkan hubungan pertahanan antarabangsa dan memastikan kedaulatan negara terpelihara.

Beliau berkata Kementerian Pertahanan dan ATM menerima peruntukan sebanyak RM21.74 bilion bagi 2026 iaitu peningkatan 2.92 peratus berbanding 2025.

Menurut Mohd Nizam, daripada jumlah itu, RM14.11 bilion adalah untuk peruntukan mengurus manakala RM7.63 bilion adalah bagi peruntukan pembangunan.

Ad Banner

“Seluruh warga ATM menzahirkan penghargaan serta ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim atas pengumuman Belanjawan 2026 dan menyambut baik Belanjawan MADANI tersebut,” katanya.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan