KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Kerajaan memperuntukkan RM630 juta bagi tujuan perlindungan khazanah alam negara dalam Belanjawan 2026, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan belanjawan bertemakan “Belanjawan MADANI Keempat: Belanjawan Rakyat” berkata peruntukan itu disediakan bagi memastikan ikhtiar melindungi khazanah flora dan fauna negara diteruskan.
Beliau berkata sejumlah RM250 juta diperuntukkan di bawah Pemindahan Fiskal Ekologi untuk Pemuliharaan Biodiversiti (EFT) bagi menyokong peranan negeri memulihara khazanah alam.
"Kerajaan bersetuju RM50 juta dana EFT disalurkan sebagai hasil kepada kerajaan negeri," katanya.
Anwar turut mengumumkan peruntukan RM80 juta untuk 2,500 renjer komuniti yang melindungi hutan negara.
"Kepakaran lebih 1,000 Orang Asli dan hampir 700 veteran akan dimanfaat selain dibekalkan peralatan rondaan bagi meningkatkan keupayaan melindungi habitat terancam seperti Harimau Malaya, Orang Utan dan Banteng.
"Selain itu (peruntukan) RM300 juta (disediakan) bagi merawat, menyelenggara dan membersih sungai, termasuk RM10 juta untuk Denai Sungai Kebangsaan bertujuan membangun laluan riadah dan memupuk tanggungjawab komuniti melindungi kelestarian sungai," katanya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial