Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Hannah Yeoh Puji Kecekapan Saifuddin Tangani Isu Kewarganegaraan

10/10/2025 01:09 PM

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh memuji kecekapan dan keprihatinan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang berjaya menyelesaikan 49,000 permohonan kewarganegaraan serta kes tiada kerakyatan tertunggak, sekali gus memperkukuh komitmen Kerajaan MADANI dalam melindungi kebajikan kanak-kanak.

Hannah berkata pencapaian itu mencerminkan pendekatan berjiwa rakyat yang ditonjolkan Saifuddin dalam memastikan hak setiap kanak-kanak dilindungi tanpa mengira latar belakang.

“Berdasarkan pengetahuan saya, belum ada Menteri Dalam Negeri yang menunjukkan sifat belas ihsan dan kecekapan seperti yang dilakukan oleh Datuk Seri Saifuddin Nasution.

Ad Banner
Ad Banner

“Di bawah kepimpinannya juga, Perlembagaan Persekutuan telah dipinda untuk membolehkan ibu warganegara Malaysia menurunkan kewarganegaraan kepada anak-anak yang lahir di luar negara,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Menjawab dakwaan segelintir pihak yang memetik hantaran lama beliau pada 2022, kononnya bagi menunjukkan pendiriannya tidak konsisten, Hannah menjelaskan bahawa situasi ketika ini jauh berbeza di bawah pentadbiran Kerajaan MADANI.

Beliau berkata kritikan itu dibuat sebelum pelaksanaan pelbagai inisiatif baharu, termasuk penubuhan Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak pada 2023 di bawah pimpinan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri.

Ad Banner

“Membezakan fakta adalah satu latihan penting dalam dunia digital hari ini. ‘Cybertrooper’ dan segelintir ahli politik gemar memilih hantaran secara rawak tanpa menggunakan daya fikir yang kritis,” katanya.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan