Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Kerajaan Bangunkan Sistem MyRMK Pantau Pencapaian RMK13 Setiap Kementerian

08/10/2025 12:42 PM

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Kerajaan sedang membangunkan sistem MyRMK untuk menambah baik proses pemantauan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) melibatkan semua kementerian, kata Timbalan Menteri Ekonomi Datuk Hanifah Hajar Taib.

Beliau berkata semua kementerian perlu melaporkan pencapaian inisiatif RMK13 melalui sistem dalam talian itu pada setiap suku tahun.

“Pemantauan projek pula akan menggunakan sistem sedia ada iaitu MyProjek.

Ad Banner
Ad Banner

“Status pelaksanaan projek akan dibentangkan dalam Majlis dan Jawatankuasa Tindakan Pembangunan peringkat kementerian dan negeri untuk menilai kemajuan projek dan program sedia ada.

“Ini termasuk memberi perhatian kepada projek yang dikemukakan kepada Kementerian Ekonomi untuk pertimbangan,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Anyi Ngau (GPS-Baram) mengenai perancangan strategik untuk memastikan projek infrastruktur asas di bawah RMK13 dapat dilaksanakan di kawasan pedalaman, sekali gus merapatkan jurang pembangunan antara wilayah dan negeri.

Ad Banner

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan