Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Lawatan PM Pakistan Ke Malaysia Cermin Hubungan Erat Dua Negara - PM Anwar

06/10/2025 12:02 AM

KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Lawatan tiga hari Perdana Menteri Pakistan Muhammad Shehbaz Sharif ke Malaysia bermula hari ini mencerminkan hubungan erat kedua-dua negara, selain membuka ruang untuk meneroka peluang kerjasama baharu demi manfaat bersama.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pelbagai agenda telah diatur dalam lawatan berkenaan bagi meneroka potensi kerjasama baharu antaranya bidang perdagangan dan pelaburan, industri halal, pendidikan, pelancongan serta pertahanan, demi manfaat bersama rakyat Malaysia dan Pakistan.

"Lawatan ini merupakan kunjungan balas kepada lawatan rasmi saya ke Pakistan pada Oktober 2024 dan mencerminkan eratnya hubungan persahabatan antara kedua-dua negara.

Ad Banner
Ad Banner

"Semoga hubungan Malaysia–Pakistan terus subur dan berkembang maju pada masa hadapan, insya-Allah," kata Anwar menerusi hantaran di Facebook malam ini usai menyambut ketibaan Shehbaz.

Terdahulu, pesawat khas yang membawa Shehbaz dan delegasi mendarat di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang pada 9.46 malam dan ketibaan mereka disambut Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil.

-- BERNAMA 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan