Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Penulis Blog Warga Asing Murray Hunter Ditahan Di Bangkok - MCMC

03/10/2025 01:28 PM

KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Seorang penulis blog warga asing Murray Hunter telah ditahan di Bangkok bulan lepas, kerana gagal mematuhi saman dikeluarkan pihak berkuasa Thailand untuk membantu siasatan, menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) hari ini.

MCMC dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa suruhanjaya itu difahamkan Hunter telah ditahan pada 29 Sept di Lapangan Terbang Suvarnabhumi dan penahanan itu berkait rapat dengan kegagalan lelaki itu mematuhi arahan dikeluarkan pihak berkuasa Thailand.

“Semua perkara berkaitan penahanan, kemungkinan kesalahan dan sebarang pertuduhan adalah di bawah bidang kuasa pihak berkuasa Thailand. MCMC menghormatinya dan akan mematuhi proses serta keputusan sistem keadilan Thailand,” menurut kenyataan itu.

Ad Banner
Ad Banner

MCMC memaklumkan bahawa laporan polis telah dibuat di Malaysia dan Thailand pada April dan Jun 2024 berhubung penerbitan Hunter yang berkaitan dengan institusi Malaysia, termasuk MCMC.

Kenyataan itu memaklumkan bahawa Hunter yang merupakan seorang warganegara Australia, menjalankan aktiviti penerbitannya dari Thailand, dengan kandungannya turut boleh diakses di dalam negara itu.

Selain itu, satu tuntutan sivil telah difailkan di Malaysia, dengan dokumen tuntutan disampaikan kepada lelaki itu di Thailand.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan