Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

GSF: 23 Rakyat Malaysia Teruskan Misi Ke Gaza

01/10/2025 08:03 PM

SEPANG, 1 Okt (Bernama) -- Sebanyak 23 rakyat Malaysia yang menyertai misi Global Sumud Flotilla (GSF) sedang meneruskan pelayaran dari Zon Kuning ke Zon Merah menuju ke Gaza, selepas penstrukturan peranan delegasi dibuat Sumud Nusantara Comand Centre (SNCC).

Ketua Pengarah SNCC Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby berkata penstrukturan itu dibuat pada Ahad lepas, susulan kondisi empat kapal flotila yang mengalami kerosakan teruk dan tidak berupaya meneruskan pelayaran.

“Penstrukturan peranan ini melibatkan tujuh delegasi Malaysia dan satu delegasi Brunei.

Ad Banner
Ad Banner

“Empat lagi delegasi Malaysia pula ditempatkan di kapal pemerhati, dan kapal pemerhati tidak akan memasuki Zon Merah,” katanya dalam sidang media perkembangan terkini GSF di sini hari ini.

Sani Araby berkata dua delegasi Malaysia iaitu Hidayat Abdullah dan Nik Aziz Nik Mohammad akan dihantar ke Amman, Jordan untuk membantu sekretariat kumpulan perundangan membuat persediaan yang perlu.

Beliau berkata enam delegasi termasuk seorang warga Brunei akan diterbangkan dari Greece dan dijangka tiba di Malaysia esok.

Ad Banner

Enam individu yang terlibat ialah Abdul Rahim Azhari, Muhammad Khairin Afiq Mohd Subkhi, Ahmad Safuan Ujar, Mohd Asri Tuan Hussein, Nur Ilham Fansuri Zainal Rashid dan Rezahmaisalamah Md Yusof (Brunei).

Beliau berkata enam individu itu akan meneruskan peranan mereka di SNCC, bagi membantu pihak sekretariat membuat persediaan berdepan sebarang kemungkinan yang akan berlaku ke atas delegasi GSF.

“Mereka ini kumpulan yang terlatih di atas kapal. Mereka ini jugalah kumpulan yang telah pun melaksanakan pelayaran lebih daripada 28 hari.

“Jadi, pastinya kepakaran dan juga pengalaman mereka itu diperlukan untuk kita melihat sebarang kemungkinan yang akan berlaku,” katanya.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan