Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Sultan Pahang, Tengku Ampuan Zahir Takziah Atas Pemergian Tun Mohamed Hashim

01/10/2025 06:36 PM

KUANTAN, 1 Okt (Bernama) -- Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga bekas Panglima Angkatan Tentera Allahyarham Jeneral Tun Dr Mohamed Hashim Mohd Ali.

Menurut perkongsian Kesultanan Pahang di Facebook, baginda berdua mendoakan roh Allahyarham dicucuri rahmat Allah SWT dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman serta beramal soleh.

“Baginda berdua juga berdoa agar waris Allahyarham tabah serta sabar menghadapi kehilangan insan yang tersayang,” menurut hantaran itu. 

Ad Banner
Ad Banner

Mohamed Hashim menghembuskan nafas terakhir pada usia 90 tahun di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur pada 11.52 pagi tadi. 

Allahyarham merupakan adik kepada Tun Dr Siti Hasmah iaitu isteri bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Mohamed Hashim menyertai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada 1957 dan menggalas pelbagai jawatan sebelum dilantik sebagai Panglima Tentera Darat pada 1985 sebelum dilantik Panglima Angkatan Tentera kesembilan dari 1987 hingga 1992.

Ad Banner

-- BERNAMA 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan