Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

26 Pensyarah UMT Tersenarai Antara Saintis Terbaik Dunia

01/10/2025 05:19 PM

KUALA NERUS, 1 Okt (Bernama) -- Universiti Malaysia Terengganu (UMT) mendapat pengiktirafan antarabangsa apabila 26 pensyarah tersenarai dalam dua peratus Saintis Terbaik Dunia 2025 berdasarkan penilaian Universiti Stanford dan penerbit akademik terkemuka Elsevier dari Amerika Syarikat.

Naib Canselor UMT Prof Dr Mohd Zamri Ibrahim berkata senarai itu diterbitkan Elsevier menerusi laporan bertajuk Updated Science-Wide Author Databases of Standardized Citation Indicators versi kelapan yang menilai impak penyelidik berdasarkan petunjuk standard pemilihan.

Beliau berkata sebanyak tujuh pensyarah UMT disenarai dalam Kategori Sepanjang Kerjaya, manakala 19 lagi dalam Kategori Setahun 2024.

Ad Banner
Ad Banner

Mohd Zamri berkata pencapaian itu membuktikan keupayaan penyelidik UMT bersaing di peringkat global, selain penghormatan besar untuk universiti.

“Ia juga bukti sumbangan signifikan tenaga pakar UMT dalam penghasilan ilmu baharu, penyelidikan berimpak tinggi serta inovasi yang memberi manfaat kepada masyarakat dan negara. Kejayaan ini seiring dengan usaha UMT memperkukuh kedudukan sebagai universiti berteraskan bidang kelautan dan sumber akuatik yang berdaya saing di persada dunia.

“UMT amat berbangga dengan pencapaian ini, yang membuktikan saintis kami mampu berdiri sebaris dengan penyelidik terbaik dunia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ad Banner

-- BERNAMA

 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan