Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Aktiviti Dron Semakin Meningkat Di Ruang Udara Kapal GSF

01/10/2025 01:42 PM

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Kapal misi Global Sumud Flotilla (GSF) kini berada dalam keadaan berjaga-jaga sepenuhnya selepas menerima laporan terdapat peningkatan aktiviti dron di ruang udara kawasan misi.

Sumud Nusantara menerusi hantaran di platform media sosial memaklumkan situasi itu menandakan cabaran yang semakin getir sedang dihadapi oleh para peserta misi kemanusiaan berkenaan.

"Kapal flotila telah memasuki zon berisiko tinggi iaitu kawasan di mana flotila terdahulu pernah diserang atau dipintas.

Ad Banner
Ad Banner

"Beberapa laporan awal juga mengesahkan wujudnya kemungkinan senario yang berbeza bakal berlaku dalam tempoh beberapa jam akan datang," menurut hantaran itu. 

Sementara itu, GSF menerusi kenyataan di Instagram memaklumkan bahawa kapal-kapal misi kini berada kurang daripada 145 batu nautika dari wilayah Gaza dan telah memasuki zon berisiko tinggi. 

"Semakin kami menghampiri Gaza, kami kekal waspada ketika memasuki kawasan di mana flotila-flotila sebelum ini telah dipintas dan/atau diserang.

Ad Banner

"Teruskan fokus anda terhadap misi ini. Tumpukan perhatian anda kepada Gaza. Kami akan terus belayar tanpa rasa gentar dengan ancaman dan taktik Israel untuk menakut-nakutkan kami," menurut kenyataan itu. 

Sebanyak 34 rakyat Malaysia menyertai misi GSF yang merupakan sebahagian aktivis dari 45 negara yang belayar ke Gaza bagi memecahkan kepungan terhadap wilayah itu.

Flotila berkenaan sebelum ini berdepan pelbagai rintangan termasuk serangan dron.

Pelayaran GSF merentasi Laut Mediterranean membawa bekalan makanan, ubat-ubatan serta mesej keamanan yang menggesa agar peperangan dan krisis kebuluran dihentikan selain menuntut pembukaan akses koridor kemanusiaan ke Gaza.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan