Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Pm Anwar Ucap Takziah Kepada Keluarga Diraja Selangor

28/09/2025 05:43 PM

KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan takziah kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin atas pemergian bonda kepada Tengku Permaisuri.

Menerusi catatan di Facebook, Perdana Menteri mendoakan semoga Allah SWT mengurniakan keampunan dan rahmat-Nya ke atas roh Allahyarham Hajah Esah Tahar.

“Semoga seluruh keluarga diraja Selangor diberikan ketabahan dalam menghadapi kehilangan ini,” kata beliau dalam hantaran itu.

Ad Banner

Allahyarham Esah menghembuskan nafas terakhir pada usia 82 tahun di sebuah hospital di Damansara pada 5.15 pagi tadi, kerana sakit tua.

Jenazah selamat dikebumikan di Makam Diraja, Shah Alam kira-kira 2.45 petang tadi. 

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan