Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

100,000 Pengunjung Dijangka Guna Perkhidmatan Feri Ke Langkawi

14/09/2025 11:37 PM

ALOR SETAR, 14 Sept (Bernama) -- Sebanyak 100,000 pengunjung dijangka memasuki pulau peranginan Langkawi menggunakan perkhidmatan feri penumpang bersempena cuti umum Hari Malaysia dan cuti persekolahan.

Pengurus Operasi Konsortium Ferry Line Ventures Sdn Bhd Lt Komander (B) Norhafiz Abdul Wahid berkata jumlah pengunjung itu termasuk tempatan dan luar negara yang memasuki Langkawi dari kedua-dua laluan iaitu Kuala Kedah dan Kuala Perlis.

“Sebanyak 118 trip perjalanan tambahan telah tersedia di dalam sistem penjualan tiket. Kita jangka jumlah pengunjung mungkin akan melebihi 100,000 sekiranya trip perjalanan pada waktu malam ditambah.

Ad Banner

“Pengoperasian feri akan bermula dari 7 pagi hingga 7 malam dan akan dilanjutkan hingga 10 malam tertakluk kepada permintaan tinggi penjualan tiket secara dalam talian. Ini bagi memberi ruang kepada pengunjung yang ingin bercuti di Langkawi,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata pihak syarikat akan sentiasa memastikan pengoperasian feri berada pada tahap kesiagaan yang tinggi sepanjang tempoh cuti umum dan cuti persekolahan ini.

Pengunjung yang ingin membeli tiket secara dalam talian, katanya boleh memuat turun aplikasi Cuti-Cuti Langkawi atau layari laman web www.cuticutilangkawi.com atau membeli tiket secara terus di kaunter tiket di Terminal Feri Kuala Kedah dan Kuala Perlis.

Ad Banner

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan