Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

SPAN Peroleh Pensijilan Sistem Pengurusan Bersepadu

02/09/2025 12:11 PM

PUTRAJAYA, 2 Sept (Bernama) -- Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) memperoleh pensijilan Sistem Pengurusan Bersepadu (IMS) yang merangkumi tiga piawaian antarabangsa.

Pensijilan tersebut melibatkan ISO 9001:2015 Sistem Pengurusan Kualiti (QMS), ISO 37001:2016 Sistem Pengurusan Antirasuah (ABMS) dan ISO 27001:2022 Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS).

SPAN dalam kenyataan hari ini memaklumkan tempoh pensijilan adalah untuk tiga tahun iaitu bermula 17 Mei lepas hingga 18 Mei 2028.

Ad Banner

"Perolehan sijil ini bukan sahaja memberi manfaat kepada suruhanjaya malah turut memperkukuh keyakinan pihak yang dikawal selia serta pengguna perkhidmatan air terhadap komitmen SPAN mengekalkan standard tertinggi dalam pengurusan organisasi," menurut kenyataan itu.

SPAN memaklumkan pelaksanaan IMS itu menjadi asas penting kepada usaha berterusan SPAN untuk memperkukuh tadbir urus, meningkatkan mutu perkhidmatan dan memastikan keselamatan maklumat dikendalikan secara profesional serta beretika.

-- BERNAMA 

Ad Banner

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan