Ad Banner
 AM > BERITA

Lori Kren Sebabkan Kemalangan Berantai Di Jalan Kebun Teh Lama

18/08/2025 05:42 PM

JOHOR BAHRU, 18 Ogos (Bernama) -- Sebuah lori kren dipercayai mengalami masalah brek merempuh beberapa kenderaan di persimpangan lampu isyarat di Jalan Kebun Teh Lama berhampiran sebuah restoran di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Raub Selamat berkata kemalangan berantai melibatkan enam kereta dan dua motosikal itu berlaku kira-kira 9 pagi di Kilometer 3 Jalan Johor Bahru-Kota Tinggi menghala ke pusat bandar.

Beliau berkata dalam kejadian itu tiada kecederaan jiwa dan hanya kerosakan kenderaan dilaporkan.

“Siasatan awal mendapati lori kren dipandu seorang lelaki berumur 49 tahun gagal dikawal apabila sistem brek tidak berfungsi ketika cuba memberhentikan kenderaan di persimpangan lampu isyarat.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara cuai sehingga menyebabkan kemalangan,” katanya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan