Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

KPDN Kelantan Tingkat Pemantauan, Elak Peniaga Manipulasi Harga Telur Ayam

28/07/2025 04:08 PM

KOTA BHARU, 28 Julai (Bernama) -- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan akan meningkatkan penguatkuasaan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 bagi membendung manipulasi harga oleh peniaga yang tidak bertanggungjawab susulan penghapusan subsidi telur ayam mulai 1 Ogos ini.

Pengarah KPDN Kelantan Azman Ismail berkata sebelum ini, pihaknya sentiasa menjalankan pemeriksaan di seluruh pasar raya dan kedai runcit bagi memastikan tiada peniaga yang cuba mengambil kesempatan.

"Berdasarkan pemantauan yang dilakukan, bekalan telur di Kelantan tidak mempunyai sebarang masalah dan tidak timbul isu kekurangan bahan berkenaan.

"Bagi memastikan pengguna mendapatkan harga yang lebih rendah, program seperti Jualan Rahmah akan sentiasa dilaksanakan untuk memastikan bekalan telur dijual pada harga berpatutan," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Sebelum ini, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata pengurangan subsidi telur ayam daripada 10 sen kepada lima sen sebiji berkuat kuasa pada 1 Mei, dijangka memberikan penjimatan kepada kerajaan sebanyak RM135 juta bagi tempoh tiga bulan, sebelum kawalan harga telur ayam dihentikan sepenuhnya pada 1 Ogos ini.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan