Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Pesta Budaya Nusantara@Ipoh 2025 Rai Kepelbagaian Warisan Budaya Serantau

27/07/2025 12:48 AM

IPOH, 26 Julai (Bernama) --  Penganjuran Program Pesta Budaya Nusantara @ Ipoh 2025 menjadi medan kepada penggiat seni budaya mempromosikan produk dan kebudayaan masing-masing.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Negeri Loh Sze Yee berkata pesta budaya itu menjadi platform penggiat seni memaparkan kreativiti tersendiri serta meraikan kepelbagaian warisan budaya serantau.

“Penganjuran pesta ini bertujuan mengeratkan hubungan serta persahabatan pelbagai negeri dan negara melalui aktiviti seni tarian, muzik, makanan dan barangan Nusantara,” katanya pada perasmian program itu di sini malam ini.

Pesta anjuran Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) itu mengetengahkan pelbagai persembahan tarian dan muzik tradisional antaranya oleh Gema Warisan Budaya MBI, Kumpulan Kebudayaan Orang Asal Perak, Sekolah Seni Perak, Gendang Muhibbah Perak, Kumpulan Bhangra "Dhol Star" Ipoh selain delegasi kebudayaan dari Indonesia dan Thailand. 

Kemuncak acara menyaksikan persembahan gabungan gendang Melayu, Cina dan India yang menyemarakkan semangat muhibah serta mencerminkan jati diri masyarakat majmuk Malaysia.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan