Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Pengangkutan Awam Beroperasi Seperti Biasa Esok - Loke

25/07/2025 04:26 PM

KUALA LUMPUR, 25 Julai (Bernama) -- Semua perkhidmatan pengangkutan awam termasuk stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) akan beroperasi seperti biasa esok.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata adalah penting untuk memastikan pengangkutan awam di Kuala Lumpur terus berfungsi supaya majoriti rakyat boleh menjalankan urusan hujung minggu tanpa diganggu oleh perhimpunan anjuran pembangkang yang dijadualkan esok di ibu negara.

Beliau turut menggalakkan supaya peserta perhimpunan esok untuk menggunakan pengangkutan awam bagi meminimumkan kesesakan lalu lintas di ibu kota.

"Bagi mereka yang akan datang ke ibu kota, jangan lupa pas MY50 kini boleh diperbaharui secara dalam talian melalui aplikasi Touch N' Go. Setiap pas bernilai RM150, pengguna hanya bayar RM50, kerajaan subsidikan RM100.

"Bagi yang datang ke ibu kota buat pertama kali, boleh menikmati perkhidmatan LRT (Projek Transit Aliran Ringan) MRT (Transit Aliran Massa) BRT (Bas Rapid Transit), Monorel dan RapidBas tanpa had untuk sehari menggunakan MyCity Pass yang harganya hanya RM6. Pas ini akan kita digitalkan juga pada hujung tahun," katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Mengulas mengenai perhimpunan itu esok, Loke berkata Kerajaan MADANI mempertahankan hak kebebasan berhimpun, termasuk mereka yang tidak sehaluan dengan kerajaan.

"Kita tidak boleh kembali kepada zaman yang menindas demokrasi sehingga Parlimen pun ditutup," katanya.

-- BERNAMA 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan