Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Teo Luang Masa Sertai Klinik Larian Menara Bersama Jaguh Negara

25/07/2025 12:31 PM

PUTRAJAYA, 25 Julai (Bernama) -- Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching hari ini menyertai program Klinik Larian Menara bersama jaguh larian menara negara Soh Wai Ching dengan mendaki 828 anak tangga bermula dari lobi Kementerian Komunikasi di sini hingga ke Pejabat Menteri Komunikasi di aras 37.

Teo bersama Wai Ching berjaya melengkapkan pendakian anak tangga tersebut dalam masa sembilan minit 26 saat.

Program yang bermula 8 pagi itu turut disertai Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) Kementerian Komunikasi Mazlan Abd Mutalib dan 50 warga kementerian berkenaan yang bersama-sama menyahut cabaran melakukan aktiviti sihat.

Usai melengkapkan pendakian 828 anak tangga, Teo mengajak semua rakyat negara ini untuk mengikut jejak langkah Wai Ching mengamalkan aktiviti sihat demi kesihatan yang baik.

Beliau turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada Wai Ching yang pernah memegang rekod pelari menara nombor satu dunia dan berharap beliau terus membanggakan Malaysia di pentas dunia.

Sementara itu, Wai Ching menzahirkan ucapan penghargaan kepada Teo kerana meluangkan masa menyertai program tersebut.

“Saya ucapkan syabas kepada Teo kerana berjaya menaiki 828 anak tangga dalam masa tak sampai 10 minit. Dia memang laju dan cergas,” katanya.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan