KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Malaysia menyokong penuh usaha Turkiye dalam membawa suara umat yang tertindas ke peringkat antarabangsa serta memperjuangkan penyelesaian adil dan berkekalan untuk rakyat Palestin.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau telah menghubungi Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan hari ini dan menyampaikan penghargaan atas pendirian konsisten serta tegas pemimpin itu dalam memperjuangkan hak rakyat Palestin selain menyeru kepada gencatan senjata segera di Gaza.
“Malaysia dan Turkiye berkongsi aspirasi yang sama dalam memperjuangkan keamanan sejagat dan memperkukuh solidariti umat sejagat melalui tindakan diplomasi, bantuan kemanusiaan serta usaha penyelesaian konflik secara aman,” katanya menerusi hantaran di Facebook.
Anwar memaklumkan dalam perbualan bersama Erdogan, beliau turut bertukar-tukar pandangan dan membincangkan beberapa perkembangan semasa yang berkepentingan bersama antara kedua-dua negara.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial