ISKANDAR PUTERI, 23 Julai (Bernama) -- Sebanyak 66 daripada 68 stesen pengawasan kualiti udara di seluruh negara mencatatkan status kualiti udara pada tahap sederhana setakat 9 pagi tadi, kata Ketua Pengarah Alam Sekitar Datuk Wan Abdul Latiff Wan Jaffar.
Beliau berkata dua lagi stesen mencatatkan bacaan kualiti udara pada tahap baik.
"Beberapa titik panas turut dikesan di Sabah, Sarawak dan Pahang. Pemantauan berterusan akan dilakukan Jabatan Alam Sekitar,” katanya mengulas mengenai kualiti udara susulan jerebu.
Wan Abdul Latiff berkata demikian pada sidang media selepas latihan simulasi kecemasan bagi menangani tumpahan bahan kimia kerjasama Jawatankuasa Bersama Alam Sekitar Malaysia-Singapura (MSJCE) kali ke-14 di Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua) di sini hari ini.
Beliau turut mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan pembakaran terbuka yang boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial