Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Kerajaan Beri Pertimbangan Sewajarnya Pencalonan Nick Adams - PM Anwar

18/07/2025 04:03 PM

PUTRAJAYA, 18 Julai (Bernama) -- Kerajaan akan memberi pertimbangan sewajarnya berhubung pencalonan pengulas dan penulis konservatif Nick Adams sebagai Duta Besar Amerika Syarikat yang baharu ke Malaysia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata pelantikan itu perlu melalui proses sewajarnya dan masih terlalu awal untuk mengulas mengenainya. 

Anwar berkata pertimbangan akan turut mengambil kira hubungan baik antara kedua-dua negara. 

"Kerajaan tentunya akan memberikan pertimbangan, dan dalam keadaan yang sama, menjaga hubungan yang baik dengan di antara Malaysia dan Amerika," katanya kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Surai Istiqlal di sini hari ini.

Media antarabangsa sebelum ini melaporkan Presiden Amerika Donald Trump mencalonkan Adams, seorang pengulas politik konservatif kelahiran Australia yang kini warganegara AS sebagai Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia. 

Senat AS masih belum mengesahkan pelantikan Adams buat ketika ini.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan