JOHOR BAHRU, 18 Julai (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan melawat Taman Botani Diraja Johor yang terletak dalam kawasan Istana Besar Johor, di sini hari ini.
Perkara itu dikongsikan menerusi hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Taman Botani Diraja Johor berfungsi sebagai sebuah galeri botani kerana fungsinya yang menyimpan pelbagai koleksi tumbuhan tertentu terdapat di dalam atau luar negeri itu.
Kerajaan Negeri Johor menyasarkan taman ini sebagai lokasi wajib singgah sempena Tahun Melawat Johor 2026.
Menurut hantaran itu, Sultan Ibrahim turut berkenan berjalan kaki sejauh 3.2 kilometer meninjau persekitaraan Istana Besar Johor bersama Menteri Besar Datuk Seri Onn Hafiz Ghazi dan diiringi Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Tan Sri Dr Azmi Rohani.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial