Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Kes Pelajar Meninggal Dunia Jatuh Bangunan Kini Dalam Siasatan Polis - Fadhlina

18/07/2025 12:05 PM

KUALA LUMPUR, 18 Julai (Bernama) -- Kejadian seorang pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Agama (SMA) Tun Datu Mustafa Limauan di Sabah yang meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tiga asrama kini dalam siasatan pihak polis, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.

Beliau berkata Kementerian Pendidikan (KPM) memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa berhubung kejadian melibatkan pelajar perempuan dikenali sebagai Zara Qairina itu.

“Saya dan Pengurusan Tertinggi Kementerian telah menziarahi keluarganya di hospital bagi memastikan semua keperluan disediakan dan kebajikan keluarga terpelihara.

“Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah juga telah menyalurkan bantuan segera kepada keluarga itu termasuk dalam aspek sokongan psikososial,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Fadhlina meminta masyarakat tidak membuat sebarang spekulasi pada waktu ini yang mungkin boleh menggangu siasatan selain menghormati privasi keluarga.

“Tindakan sewajarnya akan diambil berdasar kepada hasil siasatan tersebut,” katanya yang turut mengucapkan takziah kepada keluarga berkenaan dan mendoakan mereka diberi kesabaran serta ketabahan menghadapi ujian berat berkenaan.

Semalam pengguna Facebook menggunakan nama Dun Sindumin Sipitang memuat naik hantaran mengenai kejadian melibatkan Zara Qairina itu.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan