Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

SWM Sasar Kumpul 30 Tan Botol Kaca Menerusi ‘Cabaran Kaca Pun Boleh’

17/07/2025 09:25 PM

JOHOR BAHRU, 17 Julai (Bernama) -- SWM Environment Sdn Bhd (SWM Environment) dan Yayasan Johor Corporation (Yayasan JCorp) menyasarkan pengumpulan 30 tan botol kaca menerusi penyertaan 60 sekolah rendah di Johor di bawah program ‘Cabaran Kaca Pun Boleh’ yang bermula bulan ini hingga November.

Pengurus Besar Korporat SWM Environment Mohd Norlisam Mohd Nordin berkata program itu bertujuan meningkatkan kesedaran awam tentang manfaat kitar semula botol kaca untuk kelestarian alam sekitar, pengurusan sisa mampan dan pemeliharaan biodiversiti.

“Melalui program ini, pertandingan Video Kreatif Kitar Semula dan Inovasi STEM Botol Kaca diperkenalkan sebagai usaha meningkatkan penglibatan guru, murid, ibu bapa serta komuniti di samping pertandingan sedia ada seperti KITARecycle Botol Kaca dan Sudut Kitar Semula Botol Kaca.

“Program ini kembali dianjurkan berikutan sambutan menggalakkan di Johor selain mendapat sokongan Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) dan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) serta mendapat penajaan rakan industri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Program ini turut menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM30,000.

-- BERNAMA



 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan