JOHOR BAHRU, 17 Julai (Bernama) -- Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) hari ini menyumbang bakul makanan kepada 1,000 keluarga di Labis dan Segamat hari ini.
Bakul makanan itu mengandungi pelbagai barangan keperluan asas seperti beras, gula, tepung dan minyak masak.
Perkara itu dikongsikan menerusi hantaran Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, yang disertakan beberapa foto majlis penyerahan berkenaan.
“Usaha kebajikan dan kemasyarakatan yayasan berkenaan turut meliputi sumbangan lapan unit televisyen pintar kepada Pejabat Pendidikan Daerah Segamat bagi kegunaan sekolah yang terpilih di daerah berkenaan,” menurut hantaran itu.
Majlis penyerahan sumbangan berlangsung di Pejabat Daerah Segamat dan Dewan Majlis Daerah Labis oleh Ketua Pegawai Eksekutif YSIJ Mohd Anizam Jamian kepada Pegawai Daerah Segamat Mohd Ezzudin Sanusi serta penerima terlibat.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial