Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

MetMalaysia Keluarkan Nasihat Lekukan Tropika

17/07/2025 02:48 PM

KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan nasihat Lekukan Tropika (a) pada 11 pagi yang dikesan berlaku pada latitud 15.0 utara dan longitud 127.3 timur, kira-kira 420 kilometer ke timur laut Pulau Samar, Filipina.

Pusat Operasi Cuaca dan Geofizik Nasional MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan ribut itu bergerak ke arah barat barat laut dengan kelajuan 15 kilometer sejam (km/j) serta kelajuan angin maksimum 56 km/j.

Menurut kenyataan itu, jarak Lekukan Tropika (a) dari bandar terdekat adalah kira-kira 1,434 km ke timur laut Sandakan, Sabah.

MetMalaysia memaklumkan tiada kesan signifikan terhadap Malaysia.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan