KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil hari ini mengucapkan selamat ulang tahun ke-180 kepada akhbar tempatan, New Straits Times (NST).
Menerusi hantaran ringkas di Facebook beliau hari ini, beliau menyifatkan ulang tahun NST itu sebagai satu tempoh yang mencerminkan dedikasi, integriti, dan kewartawanan berkualiti.
“180 tahun! Satu perjalanan panjang yang penuh dengan dedikasi, integriti dan komitmen terhadap kewartawanan berkualiti.
“Semoga NST terus menjadi sumber berita dipercayai dan kekal relevan dalam dunia media yang sentiasa berubah,” katanya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial