Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Bukit Aman Siasat Kebocoran Dokumen Didakwa Minit Mesyuarat JAC - KPN

13/07/2025 06:38 PM

KUALA LUMPUR, 13 Julai (Bernama) -- Polis mengesahkan sedang menyiasat berhubung kebocoran dokumen didakwa minit mesyuarat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) seperti tular di media sosial baru-baru ini.

Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata siasatan dikendalikan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

“Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi 1972, Seksyen 203A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata tumpuan siasatan adalah ke arah pendedahan dan penyebaran maklumat di peringkat dalaman dan juga di media sosial serta akan memanggil semua saksi yang kompeten bagi membantu siasatan.

Mohd Khalid turut menasihati orang ramai supaya tidak mendedahkan sebarang dokumen atau maklumat yang diklasifikasikan sebagai dokumen (rahsia) terperingkat dan sekiranya terlibat individu terbabit akan berdepan dengan tindakan tegas.

Terdahulu, satu laporan polis difahamkan telah dibuat berhubung kebocoran dokumen didakwa minit mesyuarat JAC.

Sebelum ini tular di Facebook dan aplikaksi X petikan minit mesyuarat JAC yang didakwa berlangsung pada Mei lepas tersebar di media sosial sejak semalam, dipercayai bermula dari laman Reddit.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan