Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Pembangunan Fizikal, Komuniti Di Wilayah Persekutuan Perlu Seimbang - Dr Zaliha

13/07/2025 05:02 PM

KUALA LUMPUR, 13 Julai (Bernama) -- Pembangunan fizikal dan komuniti di Wilayah Persekutuan perlu diseimbangkan bagi mewujudkan masyarakat sihat dan bersatu di wilayah itu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa.

Beliau berkata bagi tujuan itu, penganjuran program seperti Kejohanan Bola Jaring Piala Menteri Wilayah Persekutuan 2025, amat bersesuaian kerana boleh memupuk gaya hidup aktif, memperkukuh jaringan sosial serta menyemarakkan perpaduan.

“Berkesempatan menyempurnakan Kejohanan Bola Jaring Piala Menteri Wilayah Persekutuan 2025 pagi ini di IWK Eco Park, Bangsar. Edisi pertama itu bermula cukup baik dan penuh semangat kesukanan.

“Bakat-bakat muda yang menyerlah seperti peserta program ini wajar diberi sokongan. Saya minta Majlis Sukan Wilayah Persekutuan untuk mengenal pasti potensi mereka dan membuka ruang sebaiknya kepada mereka,” katanya dalam hantaran laman X hari ini. 

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada semua pihak yang menjayakan kejohanan sulung itu dan berharap ia dapat menjadi acara tahunan yang dinanti-nantikan oleh warga Wilayah Persekutuan.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan