GEORGE TOWN, 12 Julai (Bernama) -- Jenama suplemen kesihatan berkualiti premium, SpringHealth bakal mengeluarkan produk penjagaan kesihatan untuk persediaan ibu mengandung hingga melahirkan anak bagi membantu menjaga kualiti kesihatan kedua-duanya yang dikenali sebagai "BloomWell".
Ketua Pegawai Eksekutif Spring Pharma Sdn Bhd Amy Chong berkata syarikat itu menjalankan kajian lebih dua tahun sebelum mengeluarkan empat produk suplemen tersebut yang dilengkapi dengan pelbagai vitamin dan ‘docosahexaenoic acid’ (Dha).
"Syarikat membuat kajian bagi mengeluarkan produk ini kerana kami mahu berikan suplemen terbaik untuk 1,000 hari iaitu persediaan wanita mengandung hingga mereka selepas bersalin, merangkumi asid folik bersama ‘choline’ sebagai permulaan bagi mereka yang merancang untuk mengandung.
"Asid folik dapat membantu penghasilan hingga 3.7 juta sel agar badan ibu mengandung dapat berfungsi pada tahap terbaik, seterusnya memberi perlindungan bukan sahaja kepada ibu malah bayi yang dikandung," katanya ketika ditemui Bernama pada Kongres Antarabangsa Persatuan Obstetrik dan Ginekologi Malaysia (OGSM) ke-32 di Pusat Konvensyen Setia Spice di sini hari ini.
Beliau berkata produk kedua berupa probiotik bagi memastikan ibu mengandung tidak mengalami sembelit khususnya ketika berada di trimester kedua, iaitu tempoh peratusan paling tinggi sembelit.
Mengulas lanjut, Amy berkata syarikat itu yang mempunyai kepakaran dalam bidang farmasi lebih 15 tahun berkata produk seterusnya pranatal yang dilengkapi dengan vitamin, mineral dan Dha iaitu ‘Plant Protein Shake’ yang tiada gula tambahan.
Beliau berkata produk keempat yang dikeluarkan syarikat itu, "lactation" atau laktasi itu bukan sahaja penting untuk kesihatan bayi tetapi juga memberikan pelbagai kebaikan kepada ibu dan anak yang digunakan selepas wanita bersalin.
"Semua produk kita mempunyai kelulusan Kementerian Kesihatan (KKM) dan mengikut perancangan kami, ia akan dilancarkan di Kuala Lumpur pada 24 Ogos depan dan sekarang kami memperkenalkan produk tersebut ekspo-ekspo," katanya.
Beliau berkata pihaknya juga bekerjasama dengan doktor obstetrik ginekologi (O&G) dan hospital swasta bagi memperkenalkan produk tersebut kepada wanita yang merancang untuk mengandung.
"Kami mahu menjaga ibu mengandung dari awal sampailah selepas bersalin dan meningkatkan kesedaran supaya sentiasa sihat dan stabil dari segi emosi," katanya sambil menambah SpringHealth turut mengeluarkan pelbagai produk suplemen lain yang dipasarkan di lebih 100 farmasi.
(Penafian: Ini adalah artikel advertorial berbayar. BERNAMA tidak bertanggungjawab terhadap kandungan, ketepatan dan pendapat yang disiarkan dalam artikel tersebut.)
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial