Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

AS, China Adakan Mesyuarat Dua Hala Di Luar AMM-58 Di Kuala Lumpur

11/07/2025 07:49 PM

Oleh Nabilah Saleh

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Bernama) -- Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Marco Rubio dan Menteri Luar China Wang Yi duduk semeja pada Khamis dalam pertemuan yang jarang berlaku di sela-sela Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN (AMM) ke-58 dan mesyuarat berkaitan di sini.

Pertemuan itu, yang berlangsung dari 3.23 petang hingga 4.23 petang di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini, menjadi tumpuan media tempatan dan antarabangsa susulan situasi geopolitik semasa serta minat yang mendalam terhadap hubungan AS-China.

Ini adalah pertemuan pertama secara bersemuka antara kedua-dua pemimpin sejak Rubio memegang jawatan itu pada Januari lepas.

Sejurus selepas bertemu Wang, Rubio mengadakan satu lagi pertemuan dua hala dengan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Vietnam Bui Thanh Son.

Pertemuan antara Rubio dan Wang adalah antara libat urus peringkat tinggi antara kedua-dua negara tahun ini dan dilihat sebagai memberikan isyarat positif dalam usaha memupuk komunikasi serta mengelakkan ketegangan lanjut khususnya dalam isu membabitkan perdagangan, tarif dan kestabilan ekonomi serantau.

Malaysia, selaku Pengerusi ASEAN bagi tahun 2025, menjadi tuan rumah kepada siri mesyuarat yang berperanan sebagai platform neutral utama dialog dalam kalangan kuasa-kuasa besar dunia susulan cabaran serantau dan antarabangsa yang berterusan.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan