Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Malaysia, Australia Perkukuh Komitmen Perkongsian Strategik Komprehensif

11/07/2025 12:09 AM

KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Malaysia dan Australia menegaskan semula komitmen untuk memperkukuh hubungan dua hala di bawah Perkongsian Strategik Komprehensif sedia ada.

Kementerian Luar (Wisma Putra) dalam satu hantaran di Facebook memaklumkan kedua-dua pihak menzahirkan komitmen berterusan untuk memperkukuh Perkongsian Strategik Komprehensif Malaysia-Australia, khususnya dalam bidang kerjasama ekonomi, pendidikan dan inisiatif Australia-Malaysia Institutional Strengthening (AMIS).

Perkara itu dibincangkan dalam pertemuan dua hala antara Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan dan rakan sejawatnya dari Australia Penny Wong di luar Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN ke-58 (AMM) dan mesyuarat berkaitan di sini.

Kedua-dua pihak turut menyatakan komitmen dan kesediaan untuk menghadiri Dialog Strategik di antara Pegawai-Pegawai Kanan Malaysia-Australia ke-4, Mesyuarat Tahunan Menteri-Menteri Luar Malaysia-Australia ke-7 serta Mesyuarat Tahunan Pemimpin-Pemimpin Malaysia-Australia Ketiga yang dijadualkan berlangsung tahun ini.

Australia, Rakan Dialog pertama ASEAN dan Rakan Strategik Komprehensif, turut meraikan 70 tahun kehadiran diplomatik di Malaysia.

AMM ke-58 dan mesyuarat berkaitan, yang diadakan di bawah Kepengerusian ASEAN Malaysia 2025 bertemakan “Keterangkuman dan Kemampanan” menyaksikan 24 mesyuarat peringkat menteri melibatkan Rakan Dialog ASEAN dan Rakan Dialog sektoral.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan