KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) -- Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan menggesa ASEAN untuk mendukung sepenuhnya Visi Komuniti ASEAN 2045 ketika rantau ini mengharungi ketidaktentuan global yang semakin meningkat, memberi amaran bahawa hanya pandangan jauh dan strategi boleh memastikan kestabilan dan kemajuan.
Beliau berkata visi yang melakarkan hala tuju blok itu untuk dua dekad akan datang, menegaskan bahawa masa depan rantau itu terletak di tangannya sendiri.
"Untuk mengatasi ketidaktentuan untuk beberapa tahun akan datang, kita mesti berfikir jangka panjang. Ia bukan sekadar terus melangkah ke hadapan dan mengatasinya.
"Kita mesti melakar jalan dan menetapkan hala tuju. Masa depan kita tidak akan dibentuk oleh kuasa luar, tetapi oleh keazaman kolektif kita sendiri," katanya dalam ucapan pembukaan pada sesi pleno Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN (AMM) ke-58 di sini, pada Rabu.
Beliau menekankan keperluan untuk peralihan yang lancar daripada ASEAN 2025: Maju Bersama ke ASEAN 2045: Masa Depan Bersama dengan semua badan sektoral dan mekanisme menyelaraskan keutamaan mereka dengan sewajarnya.
“Secara keseluruhan, kita mesti menjadi penceramah dan bukan membenarkan orang lain bercakap bagi pihaknya sambil menekankan kepentingan pemusatan dan kebebasan ASEAN dalam hal ehwal antarabangsa.
Mohamad juga berkata bahawa kedudukan tegas Malaysia mengenai krisis geopolitik baru-baru ini, khususnya di Timur Tengah, mengutuk tindakan ketenteraan Israel terhadap Iran.
“Di Gaza, kebuluran strategi kejam dilakukan Israel berlanjutan tanpa dikawal. Keganasan yang tiada berkesudahan Israel ini telah berkembang ke negara-negara lain di Timur Tengah dengan serangan serangan terbarunya ke atas Iran. Malaysia mengutuk kekejaman ini," katanya.
Mengenai isu serantau, Mohamad menegaskan komitmen ASEAN untuk menyokong resolusi aman di Myanmar.
"ASEAN akan terus menyokong jalan ke arah penyelesaian damai milik Myanmar dan diterajui Myanmar kepada krisis di negara itu. Kelewatan mencapai keamanan di Myanmar memanjangkan tempoh penderitaan rakyat negara itu dan mengancam keselamatan rantau ini," tambahnya.
Ketika ketegangan geopolitik semakin memuncak dan multilateralisme menghadapi ancaman yang semakin meningkat, Mohamad menggesa ASEAN untuk berpegang teguh dalam perpaduan, menggalakkan dialog dan diplomasi daripada perpecahan.
“ASEAN mesti menjadi harapan, menjadi suara dan terus menjadi platform untuk kerjasama dan kemakmuran,” katanya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial