Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Malaysia Sambut Baik Usaha AICHR Rangka Dua Deklarasi Utama Hak Asasi Manusia - Mohamad Hasan

08/07/2025 03:40 PM

KUALA LUMPUR, 8 Julai (Bernama) -- Malaysia menyambut baik usaha Suruhanjaya Antara Kerajaan ASEAN mengenai Hak Asasi Manusia (AICHR) yang merangka dua deklarasi utama bagi menangani kebimbangan mendesak berhubung isu hak asasi manusia.

Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata dua dokumen itu ialah Deklarasi ASEAN mengenai Hak kepada Alam Sekitar yang Selamat, Bersih, Sihat dan Mampan serta Deklarasi mengenai Pemajuan Hak kepada Pembangunan dan Keamanan, Ke arah Mewujudkan Pembangunan Inklusif dan Mampan.

“Kedua-dua deklarasi mengutarakan kebimbangan mendesak rakyat kita terutama golongan yang terdedah kepada kemudaratan alam sekitar, ketidaksamaan dan ketidakstabilan,” katanya. 

Mohamad berkata demikian ketika berucap pada pembukaan Mesyuarat Suamuka Menteri-Menteri Luar ASEAN dengan Wakil-Wakil AICHR pada Selasa, yang berlangsung sempena Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN (AMM) ke-58 dan mesyuarat berkaitan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini.

Beliau berkata deklarasi yang dicadangkan itu mengesahkan komitmen tidak berbelah bagi AICHR untuk memperjuangkan hak asasi manusia dalam ASEAN, dengan cara yang tepat dan relevan dengan cabaran semasa serta masa hadapan.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan