KOTA BHARU, 2 Julai (Bernama) -- Urusan pelantikan pengganti Nik Nazmi Nik Ahmad sebagai Pengerusi Bersama Majlis Tindakan Pembangunan Negeri Kelantan diharap turut mengambil kira pandangan kerajaan negeri Kelantan, kata Timbalan Menteri Besar Datuk Mohamed Fadzli Hassan.
Beliau berkata sekiranya kerajaan pusat berhasrat untuk melantik pengganti Nik Nazmi bagi jawatan itu, beliau berharap pandangan dan penglibatan pihak kerajaan negeri juga turut diambil kira.
"Sepanjang mengenalinya, Nik Nazmi bagi saya adalah seorang yang baik, namun hal berkaitan pengundurannya (dari Kabinet) adalah urusan dia dengan parti," katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Exco di Kompleks Kota Darulnaim di sini hari ini.
Pada 28 Mei lepas, Nik Nazmi mengumumkan telah menghantar surat peletakan jawatan sebagai Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkuat kuasa 4 Julai ini.
Ia menyusuli kira-kira tiga jam selepas Datuk Seri Rafizi Ramli yang juga Ahli Parlimen Pandan pada hari sama mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Menteri Ekonomi berkuat kuasa 17 Jun lepas.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial