KUALA LUMPUR, 28 Jun (Bernama) -- Seorang pelancong wanita warga New Zealand cedera selepas terjatuh dari ketinggian lebih enam meter di Air Terjun Rimba Kanching, Rawang, dekat sini pagi tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut pada pukul 11.52 pagi.
Beliau berkata sepasukan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rawang dikerahkan ke lokasi sejurus menerima maklumat.
“Sebaik tiba, pasukan mendapati seorang wanita warga New Zealand berusia 52 tahun telah terjatuh dari kawasan air terjun dengan ketinggian melebihi enam meter.
“Mangsa mengalami kecederaan pada kaki, tangan kiri dan bahagian tulang belakang, namun masih berada dalam keadaan sedar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata mangsa berjaya dibawa turun dari lokasi kejadian pada pukul 2.15 petang sebelum dihantar ke Hospital Selayang bagi mendapatkan rawatan lanjut.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial