Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Kerajaan Negeri Ambil Serius Teguran Raja Perlis Mengenai 'Little Napoleon' Dalam MPKangar

25/06/2025 09:18 PM

KANGAR, 25 Jun (Bernama) -- Kerajaan negeri mengambil serius teguran Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail semalam mengenai 'Little Napoleon' yang wujud dalam pentadbiran Majlis Perbandaran Kangar (MPKangar).

Menteri Besar Mohd Shukri Ramli berkata pihaknya amat menghargai keprihatinan baginda serta menjunjung kasih atas titah itu yang dilihat sebagai peringatan penting untuk memastikan pentadbiran kerajaan negeri berjalan dengan lebih cekap dan berintegriti.

“Kerajaan negeri komited untuk memastikan sistem penyampaian perkhidmatan kepada rakyat dan pentadbiran kerajaan negeri menjadi lebih efisien,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Kompleks Seri Putra di sini hari ini.

Semalam, Bernama melaporkan bahawa Tuanku Syed Sirajuddin semasa bertitah menyempurnakan majlis pecah tanah Wisma MPKangar telah menegur beberapa pegawai majlis perbandaran itu yang disifatkan sebagai 'Little Napoleon' kerana tidak melaksanakan tugas dengan baik dan boleh mencemarkan nama baik agensi berkenaan.

Baginda bertitah MPKangar secara keseluruhannya menjalankan tanggungjawab dengan baik namun masih terdapat segelintir pegawai yang perlu segera mengubah sikap dan cara mereka bekerja.      

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan