Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

COVID-19 Terkawal Di Kelantan - Dr Zaini

25/06/2025 06:04 PM

KOTA BHARU, 25 Jun (Bernama) -- Situasi jangkitan COVID-19 di Kelantan kekal terkawal dengan jumlah kumulatif sebanyak 303 kes direkodkan sehingga Minggu Epidemiologi (ME) ke-25 tahun ini, kata Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan Datuk Dr Zaini Hussin.

Beliau berkata purata mingguan kekal sekitar 12 kes, dengan 34 kes dilaporkan pada ME-24 berbanding 35 kes pada minggu sebelumnya.

“Pemantauan sepanjang ME-25 turut merekodkan lima kes dimasukkan ke wad melibatkan tiga dewasa dan dua kanak-kanak. 

“Semua kes ini telah sembuh sepenuhnya tanpa sebarang kemasukan ke unit rawatan rapi (ICU) atau kematian direkodkan tahun ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Zaini berkata walaupun Kelantan masih berada di bawah paras amaran, langkah pencegahan proaktif perlu terus diamalkan terutama dalam kalangan golongan berisiko tinggi seperti warga emas, individu dengan penyakit kronik, remaja mempunyai sistem imun yang lemah, ibu mengandung dan petugas kesihatan.

“Jabatan kesihatan negeri menggalakkan kumpulan ini mendapatkan dos tambahan vaksin COVID-19 sebagai perlindungan tambahan, manakala individu berumur 18 tahun ke atas juga boleh mendapatkan vaksin secara sukarela selepas menjalani konsultasi dengan pegawai perubatan.

“Penduduk negeri ini juga diseru agar mendapatkan imunisasi mengikut keperluan di bawah Program Imunisasi Kebangsaan. Perkhidmatan vaksinasi ini disediakan secara percuma di klinik kesihatan kerajaan terpilih,” katanya.

Sehubungan itu, Dr. Zaini turut menasihatkan orang ramai untuk terus mengamalkan langkah pencegahan seperti mencuci tangan dengan sabun atau pensanitasi tangan, mengamalkan etika batuk dan bersin serta memakai pelitup muka jika bergejala atau berada di kawasan sesak.

Beliau berkata jabatan kesihatan negeri sentiasa memantau perkembangan semasa COVID-19 dan sebarang maklumat terkini boleh diakses melalui laman sesawang rasmi di covid-19.moh.gov.my.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan