Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Sultan Pahang, Tengku Ampuan Zahir Ucapan Takziah Kepada Hamzah Zainuddin Atas Pemergian Ibu Mentua

21/06/2025 02:32 PM

KUANTAN, 21 Jun (Bernama) -- Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan takziah kepada Datuk Seri Hamzah Zainuddin serta seluruh ahli keluarga di atas pemergian ibu mentuanya.

Baginda berdua serta seluruh ahli keluarga diraja turut mendoakan agar segala urusan dipermudahkan dan roh Allahyarham Datin Hajah Salmiah Nyak Matt, 84, ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh.

“Semoga juga Allah SWT mengurniakan ketabahan kepada keluarga yang ditinggalkan dan sentiasa berada di dalam rahmat dan kasih sayang-Nya,” titah baginda berdua menerusi hantaran di Facebook hari ini. 

Semalam media melaporkan, ibu mentua kepada Ahli Parlimen Larut itu maut dalam dalam kejadian kebakaran membabitkan sebuah rumah dua tingkat di Kampung Sungai Rapat Tambahan di Ipoh, Perak pada Khamis. 

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan