Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Tiga Lagi Jemaah Haji Malaysia Meninggal Dunia Di Tanah Suci

20/06/2025 11:33 PM

KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) -- Tiga lagi jemaah haji Malaysia meninggal dunia di Tanah Suci menjadikan jumlah keseluruhan kematian 19 orang setakat ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata kematian melibatkan jemaah dari Telok Panglima Garang, Selangor, Abd Wahab Yahaya, 63, yang menghembus nafas terakhir di Hotel Al-Mubarak, Shisha pada 4.50 petang semalam akibat serangan jantung.

Beliau berkata jemaah kedua dan ketiga yang juga meninggal dunia akibat serangan jantung ialah Mohamed Jafri Yahya, 60, dari Tanah Rata, Pahang pada 7.39 malam semalam di Hospital Jiwar, Makkah dan Norizan Tarsi, 59, dari Butterworth, Pulau Pinang pada 6.45 pagi tadi di Abraj Al-Tayseer.

"Pihak Tabung Haji telah menguruskan segala keperluan jenazah dengan sempurna mengikut hukum syarak, termasuk pengurusan pengebumian di Tanah Suci. Waris juga telah dimaklumkan dan dibimbing dengan penuh hikmah dan empati.

"Saya mewakili Kerajaan Malaysia dan seluruh warga agensi haji merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga semua Allahyarham. Semoga roh mereka dikurniakan keampunan, rahmat dan ditempatkan dalam kalangan para solihin. Al-Fatihah," katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

-- BERNAMA


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan