Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Penyu Agar Betina Ditemukan Mati Terapung Di Pulau Redang

20/06/2025 06:22 PM

KUALA NERUS, 20 Jun (Bernama) -- Bangkai penyu agar betina dianggarkan berusia 10 tahun ditemukan terapung di Pantai Dalam, Pulau Redang, di sini hari ini.

Bangkai terbabit dijumpai pasukan penyelidik Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang dalam perjalanan ke Stesen Penyelidikan Alami Penyu, Pantai Chagar Hutang di Pulau Redang untuk program kempen pemuliharaan penyu.

Penyelidik UMT Prof Madya Dr Mohd Uzair Rusli berkata haiwan itu dipercayai telah mati sejak tiga hari lepas, namun bahagian karapas didapati hancur disebabkan ribut kuat malam tadi.

"Penemuan tidak dijangka kira-kira 12.30 tengah hari tadi berlaku ketika kumpulan kami dalam perjalanan menjalankan kempen kesedaran awam mengenai kepentingan memelihara spesies penyu yang semakin terancam serta kelestarian ekosistem marin secara keseluruhan.

"Penemuan bangkai ini membangkitkan keperluan mendesak untuk meningkatkan usaha pemantauan dan perlindungan habitat penyu, khususnya di kawasan perairan pelancongan seperti Pulau Redang," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Uzair berkata bangkai penyu berkenaan dibawa ke makmal UMT untuk tujuan analisis punca kematian.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan