Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Sultan Pahang Mahu Jumaah Pangkuan Diraja Negeri Diperkasakan

16/06/2025 10:30 PM

KUANTAN, 16 Jun (Bernama) -- Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan berangkat menghadiri Mesyuarat Jumaah Pangkuan Diraja Negeri Pahang Kali Ke-119 di sini. 

Turut berangkat paduka anakanda Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah, Tengku Panglima Raja Brigedier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah dan Tengku Panglima Perang Tengku Ahmad Ismail Mu'adzam Shah. 

Baginda ketika bertitah pada mesyuarat itu menekankan beberapa perkara penting perlu diberikan perhatian antaranya memperkasakan Jumaah Pangkuan Diraja supaya tidak hanya bersifat simbolik atau ceremony semata-mata. 

Al-Sultan Abdullah bertitah baginda sedang meneliti keputusan menubuhkan Jawatankuasa Kerja Jumaah Pangkuan Diraja sebagai platform untuk memantapkan fungsi dan sumbangan ahli-ahli Jumaah terhadap rakyat dan negeri. 

“Antara bidang tugas dan tanggungjawab yang boleh dipertimbangkan termasuklah berperanan sebagai badan penasihat bebas yang menyuarakan pandangan rakyat kepada pentadbiran negeri, menyokong agenda pemuliharaan alam sekitar, khususnya dalam isu kritikal serta memperkukuh jaringan sosial melalui inisiatif kebajikan dan sokongan kepada golongan kurang bernasib baik.

"Saya tidak mahu melihat ahli-ahli Jumaah Pangkuan hanya sekadar mengisi tempat duduk di balairung dan dewan rasmi, sebaliknya menjadi pendukung dan benteng utama Pahang, yang memberi nasihat dengan kebijaksanaan, memimpin dengan contoh dan berkhidmat dengan keikhlasan serta integriti," titah baginda yang dimuat naik menerusi laman Facebook Kesultanan Pahang. 

Baginda turut menegaskan bahawa peranan itu bukan sahaja akan memperkukuh institusi diraja, tetapi juga memberikan keyakinan kepada rakyat bahawa mereka mempunyai tempat bergantung dan suara yang didengari dalam pentadbiran negeri. 

-- BERNAMA

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan