SHAH ALAM, 12 Jun (Bernama) -- Sebuah kedai buah-buahan di Jlan Gudang Nenas, Bandar Baru Klang dekat sini rosak teruk selepas bahan kimia karbida (kalsium karbida) yang digunakan untuk mempercepatkan proses pemeraman buah, meletup dalam kejadian petang tadi.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.21 petang sebelum sepasukan lapan pegawai dan anggota bersama sebuah jentera Light Fire Rescue Tender (LFRT) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Klang Utara dikejarkan ke lokasi kejadian.
"Sebaik tiba, pasukan mendapati berlaku letupan di bahagian belakang premis berkeluasan 7,000 kaki persegi itu.
"Letupan berkenaan turut menyebabkan struktur dinding pejabat di dalam premis berkeluasan 900 kaki persegi runtuh," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya, impak letupan juga mengakibatkan enam buah kenderaan yang diletakkan berhampiran mengalami kerosakan.
Bagaimanapun, tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam insiden berkenaan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial