PUTRAJAYA, 11 Jun (Bernama) -- Sebanyak 13 daripada 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang maut dalam nahas bas di Gerik, Perak dikenal pasti sebagai peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), kata Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.
Beliau dalam hantaran Facebook hari ini memaklumkan kesemua 13 pelajar itu mendapat manfaat penyelesaian keseluruhan pinjaman mereka melalui Skim Perlindungan Takaful Berkelompok pinjaman pendidikan PTPTN.
"Selain itu, kesemua 13 waris mereka juga akan menerima khairat kematian berjumlah RM1,500 bagi setiap pelajar," katanya.
Dalam kejadian awal pagi Isnin lepas, 15 penuntut UPSI maut apabila bas sewa khas dinaiki mereka dari Jertih, Terengganu ke kampus utama Tanjung Malim, Perak terbalik dalam kemalangan di KM53, Jalan Raya Timur-Barat berhampiran Tasik Banding, Gerik.
Kemalangan turut mengakibatkan 33 lagi cedera termasuk pemandu dan kelindan bas serta pemandu dan tiga penumpang kereta Perodua Alza.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial