KOTA BHARU, 6 Jun (Bernama) -- Aliran trafik di beberapa pintu masuk dari jalan utama Persekutuan melibatkan jajahan Pasir Puteh dilaporkan lancar hingga 9 pagi hari ini.
Ketua Polis Daerah Pasir Puteh Supt Zaizul Rizal Zakaria berkata aliran trafik di jalan keluar masuk di sempadan Pasir Puteh-Terengganu, termasuk di pintu masuk Tok Bali-Kuala Besut berada pada skala satu.
"Setakat ini, tiada kesesakan jalan di pintu masuk sempadan Kelantan-Terengganu dan kenderaan bergerak seperti biasa," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Beliau berkata pemantauan sentiasa dijalankan oleh anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh berikutan kepulangan perantau ke kampung halaman sempena Aidiladha.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial